I suggest that, for those who have little or no idea of what the issue is about, the following articles be read first because otherwise none of what I'm about to say will make sense to you.
CNN Article --- Malaysia: Churches firebombed amid Allah dispute
AFP Article --- Malaysia defends Allah stance amid new church attack
BBC Article --- More Malaysian churches attacked in Allah dispute
Or you can google 'Malaysia' and 'Allah' and look at the news results if you have several hours to spare.
Below is a verbatim copy of what I wrote in an online forum with regards to the issue. Please bear in mind that this was written in the usual communicative form of Malay and may not be understood immediately by some who are new to the language, or have mastery of Bahasa Indonesia. Since what I have to say here mostly applies to Malays and Malaysians, I shall have it remain untranslated, unless I receive requests to have it translated.
...
Bismillahirrahmaanirrahim
pendapat peribadi saya je la ya...
1. byk lagi perkara lain yang boleh melumpuhkan akidah umat islam selain penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Katolik, malah perkara2 lain ini lebih teruk lagi (bomoh, khurafat, judi, arak, tenung nasib, nombor ekor, hedonisme, dsb)
2. masalah penggunaan kalimah Allah ini lebih bersifat lokal di mana ia cuma memberi masalah bagi kaum melayu sahaja. bagi umat islam secara keseluruhannya di dunia ini, tiada masalah kerana 'Allah' adalah bermaksud 'God' dalam bahasa arab. di serata dunia perkataan ini digunakan untuk merujuk kepada 'tuhan' tak kira agama apa sekalipun. Tetapi biasanya digunakaan untuk Tuhan Yang Esa (yakni yg dirujuk oleh agama2 samawi seperti yahudi, islam dan kristian)
3. maka ancaman ini bukan satu ancaman terhadap islam secara keseluruhannya, tetapi adalah sesuatu yang boleh menjadi punca kekeliruan bagi kaum melayu. ini kerana bagi kaum Melayu, perkataan 'Allah' hanya digunakan dalam konteks Islam sahaja.
4. bagi saya, adalah perlu untuk diwujudkan garis panduan atau undang2 yang menetapkan secara mutlak bagaimana penggunaan kalimah 'Allah' ini dibenarkan dalam negara Malaysia (spt yg saya katakan sebelum ini, ini adalah masalah lokal bukan global)
5. segelintir orang terlalu cepat melatah dgn isu seperti ini sehingga terjadinya perkara2 yang ditegah dalam islam seperti merosakkan rumah2 ibadat. bagi saya, isu ini bukan ancaman yang sebesar ancaman2 lain terhadap akidah umat islam khususnya melayu (seperti yang dinyatakan di no. 1). ini sama juga seperti yang berlaku sewaktu penerbitan gambar2 kartun yang merujuk kepada Rasulullah s.a.w.
6. adalah penting bagi kita umat islam untuk mempersiapkan akidah masing2 supaya tidak tergugat dengan perkara2 yang seperti ini. jgnlah kita terlalu jahil sehingga tidak dapat membezakan Allah, tuhan sekelian alam yang kita sembah dengan 'Allah' dalam penerbitan katolik. sekiranya kita terkeliru, itu menunjukkan kelemahan akidah kita sendiri.
7. bagi saya, penyelesaian yang baik adalah supaya digubal undang2 yang menetapkan bahawa kalimah Allah adalah untuk merujuk kepada tuhan sekelian alam seperti yang dirujuk dalam agama Islam, dan tidak boleh merujuk kepada entiti ketuhanan lain dalam agama2 lain. ini untuk mengelakkan kekeliruan serta kekacauan dalam keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
8. juga kita jgn terlalu 'bara' sgt nak bela islam dgn menimbulkan kekacauan antara kaum, sedangkan ibadah khusus serta persiapan akidah kita masing2 sendiri masih lagi tak terbela. perlu diingat, jihad yang paling utama adalah jihad melawan hawa nafsu.
9. perlu ingat juga bahawa tiada yang milik kita di dunia ini, segala2nya adalah hak allah semata2.
semoga kita semua dilimpahi hidayahNya serta diberi petunjuk ke jalan yang benar. maaf kalau ada pendapat saya yang menyentuh sensitiviti sesiapa.
...
I am interested to hear what you have to say regarding this matter (and for those who understood my post, regarding what I said in this matter).
Monday, January 11, 2010
blog comments powered by Disqus